Peralatan pembedahan Al-Tasrif

Dalam bukunya Al-Tasrif, al-Zahrawi memperkenalkan pengumpulan 200 alat pembedahan yang masyhur. Banyak peralatan ini tidak pernah digunakan dahulu oleh mana-mana bekas pembedah. Hamidan, contohnya, menyenaraikan sekurang-kurangnya dua puluh enam alat pembedahan yang Abulcasis memperkenalkan.

Pembalut dan plaster berpelekat

Abu al-Qasim menciptakan plaster moden dan pembalut berpelekat, yang masih digunakan dalam hospital di seluruh dunia.[9] Penggunaan plaster bagi membendung kesan patah tulang menjadi suatu asas praktikal piawai yang biasa digunakan oleh ahli perubatan Arab, praktis ini tidak digunakan menyeluruh dan kurang diadaptasi dalam sistem perawatan Eropah sehingga abad ke-19 Masihi.[10]

Senar (catgut) dan Forceps

Kegunaan senar (catgut) oleh Abu al-Qasim untuk tujuan jahitan luka bahagian masih diamalkan dalam pembedahan moden. Senar kelihatannya adalah satu-satunya bahan asli yang layak digunapakai dan diterima oleh badan.

Abu al-Qasim juga telah berjaya mencipta forceps untuk mengeluarkan janin yang mati (a dead fetus), seperti diilustrasikan dalam Al-Tasrif.[11]

Cautery dan Kekang (ligature)

Suatu alat perubatan istimewa digelar "cauter", digunakan untuk aktiviti cauterization pada Arteri, telah terdahulunya dijelaskan oleh Abu al-Qasim dalam Kitab al-Tasrifnya.[12]

Dalam Al-Tasrif, Abu al-Qasim juga memperkenalkan kegunaan Kekang (ligature) dalam ilmu perubatan untuk kawalan darah pada arteri yang bersandarkan cauterization.[13]

Kapas dressing

Al Zahrawi adalah pembedah pertama yang menggunakan kapas sebagai suatu amalan dressing perubatan untuk mengawalkan pendarahan.[10]

Lithotomy pisau bedah dan jarum pembedahan

Abulcasis menciptakan suatu lithotomy pisau bedah dengan dua pemotong tepi tajam supaya dapat menjalankan pengeluaran batu karang dalam buah pinggang (ginjal) atau dalam urinary bladder.[6]

jarum pembedahan telah dicipta dan dijelaskan oleh Abu al-Qasim dalamAl-Tasrif.[14]

Peralatan lain

Peralatan pembedahan lain dicipta oleh Abu al-Qasim dan terdahulunya dijelaskan dalam Al-Tasrifnya termasuk pisau bedah, kuret, retractor, sudu (perubatan), bunyi (alat perubatan), Hook (pembedahan), rod (pembedahan), dan specula.[15]

Rujukan

WikiPedia: Al-Tasrif http://books.google.com/books?id=mjVra87nRScC&pg=P... http://www.islamset.com/isc/zahrawi/awadain.html#a... http://milligazette.com/Archives/15-1-2000/Art5.ht... http://muslimheritage.com/topics/default.cfm?Artic... http://muslimheritage.com/topics/default.cfm?Artic... http://medical-dictionary.thefreedictionary.com/cy... http://english.webislam.com/pdf/pdf.asp?idt=1469 http://www.manuscripts.idsc.gov.eg/Manuscript/Repo... http://archive.is/20120629144443/findarticles.com/... http://www.ummah.net/history/scholars/el_zahrawi